Penduduk Gempar Ingatkan Singa Dalam Semak, Rupanya Beg!

Penduduk di sebuah kawasan di Afrika Timur digemparkan dengan kelibat seekor singa yang bersembunyi dalam semak.

penduduk gempar ingatkan singa dalam semak, rupanya beg!

Kejadian berlaku di daerah Meru, berdekatan dengan Taman Negara Gurung Kenya dan memaklumkan penemuan singa dalam semak itu kepada Jabatan Hidupan Liar Kenya.

.

Pegawai dari jabatan itu pada awalnya cuba untuk mengumpan singa berkenaan daripada tempat persembunyian itu namun haiwan itu tidak memberikan sebarang reaksi.

.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka sedar ia hanyalah sebuah beg pasar raya yang dicetak dengan gambar kepala singa.

penduduk gempar ingatkan singa dalam semak, rupanya beg!

Beg itu diletakkan oleh seorang pemilik rumah berdekatan bagi menempatkan anak benih avocado supaya tidak kering.

.

Bagaimanapun jabatan itu memuji kewaspadaan orang ramai terhadap keselamatan sekeliling khasnya apabila melibatkan hidupan liar.

.

"Walaupun ini adalah panggilan palsu, kami memuji orang ramai kerana membangkitkan amaran untuk mengurangkan kemungkinan konflik," kata jabatan itu.

.

Sumber: [1]