Fenomena langit bertukar warna merah seakan darah telah menyebabkan penduduk di bandar Zhoushan, China menjadi resah dan tidak tenang.
![langit tukar merah buat penduduk china resah, mereka risau ada kaitan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/langit-merah-03.jpg)
Mana tidaknya kejadian yang berlaku pada waktu malam menyebabkan langit bertukar warna merah jingga dengan kehadiran lapisan kabus tebal.
.
Kejadian yang dianggap aneh oleh penduduk setempat itu dapat dilihat di seluruh bandar berkenaan selama berjam-jam pada Sabtu lalu.
![langit tukar merah buat penduduk china resah, mereka risau ada kaitan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/langit-merah-02.jpg)
Foto dan video kejadian itu tular di platform media sosial Douyin hingga ada penduduk yang berasa bimbang kalau ia petanda buruk berkaitan dengan penularan COVID-19 di wilayah itu.
![langit tukar merah buat penduduk china resah, mereka risau ada kaitan covid-19](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/langit-merah-01.jpg)
Bagaimanapun seorang ahli meteorologi menjelaskan fenomena itu adalah perkara biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara ghaib.
.
“Semalam agak berkabus dan awan terbentuk pada altitud rendah. Ini adalah fenomena yang disebabkan oleh pembiasan cahaya,’’ kata biro tersebut.
.
Malah satu rakaman CCTV menunjukkan pembiasan cahaya merah itu datangnya dar salah satu bot nelayan milik syarikat tempatan.
.
Sumber: [1]