Pemuda Menyamar Jadi Warga Emas Untuk Dapatkan Vaksin

Dua orang pemuda berusia 30-an dari Mexico ditangkap pihak berkuasa gara-gara menyamar sebagai warga emas untuk mendapatkan vaksin.

pemuda menyamar jadi warga emas untuk dapatkan vaksin

Kedua-dua mereka dikatakan mengenakan rambut palsu dan mewarnakan kening dengan warna putih ketika mengunjungi pusat vaksinasi untuk warga emas sambil mengenakan topeng dan pelindung muka plastik.

Mereka kemudiannya menunjukkan dokumen pengenalan diri palsu namun sebelum mereka sempat menerima vaksin, rancangan mereka hancur ketika berbincang dengan pekerja di pusat tersebut.

pemuda menyamar jadi warga emas untuk dapatkan vaksin

“Seorang rakan sekerja menyedari bahawa suara itu bukan suara lelaki tua, dan ketika itulah dia memanggil pihak berkuasa,” kata pegawai Mexico City Cristina Cruz yang dipetik daripada satu temu ramah bersama stesen televisyen tempatan.

Akibatnya, mereka kini dihadapkan dengan tuduhan pencurian identiti.

Dengan populasi seramai 126 juta penduduk, Mexico mencatatkan lebih daripada 205, 000 kematian akibat COVID-19 dan ia merupakan yang ketiga tertinggi di dunia.

Setakat ini, negara tersebut juga telah mengeluarkan hampir 10 juta dos vaksin kepada pekerja perubatan dan warga emas.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN