Baru-baru ini, tular mengenai seorang pemuda Indonesia yang digelar ‘kember’ selebriti Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.
Pemuda itu dikenali sebagai Aris Munandar dan mula menjadi sebut-sebutan warganet setelah memuat naik pelbagai video yang seolah-olah meniru gaya selebriti tersebut di akaun Tik Tok miliknya (@arieskhan07).
Yang paling menangkap perhatian ramai bagaimanapun, Aris dikatakan tidak hanya mirip seperti Shah Rukh Khan. Namun, wajahnya juga dikatakan seperti iras gabungan antara selebriti terkenal itu dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel NOAH.
Menerusi akaun Tik Tok dan Instagram peribadinya, Aris sering dilihat meniru semula gaya Shah Rukh Khan dan Ariel NOAH.
Bukan itu sahaja, Aris turut mempunyai nama panggilan yang hampir sama dengan Ariel. Sekiranya Ariel digelar Boris, Aris pula mempunyai nama panggilan Bories, seperti mana yang diungkapkan menerusi profil Tik Tok miliknya.
Sumber: [1]