Pemilik Nafi Dera Kucingnya Hingga Jadi Terlampau Gemuk

Seekor kucing betina yang dilihat terlalu gemuk telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di Rusia.

pemilik nafi dera kucingnya hingga jadi terlampau gemuk

Mana tidaknya, ramai yang beranggapan kucing bernama Liznya itu telah didera, hinggakan badannya menjadi besar sedemikian rupa.

 

Foto yang tular di media sosial Instagram itu telah berjaya memperoleh lebih 9,000 pengikut baru-baru ini. Ia memaparkan aksi-aksi kucing itu dengan ukuran badan membimbangkan.

pemilik nafi dera kucingnya hingga jadi terlampau gemuk

Meskipun ada yang beranggapan ia comel, ramai melihat ia sebagai satu penderaan fizikal yang membuatkan kucing itu menjadi sedemikian rupa hinggakan menyukarkan ia untuk bergerak dan bermain.

 

Namun pemilik Liznya tampil membuat kenyataan bahawa kucing berkenaan tidak pula makan dalam jumlah banyak, sebaliknya badannya membesar hanya disebabkan ia sedang bunting.

pemilik nafi dera kucingnya hingga jadi terlampau gemuk

Menurutnya lagi, pemakanan kucingnya itu juga dikawal dengan memakan makanan diet, namun beratnya semakin bertambah dari hari ke hari.

 

Semoga lepas beranak nanti badan kucing ini akan kembali langsing ya!

 

Sumber: [1]