Pemilik Kucing Dipersalahkan Kerana Berat Kucing Terlalu Gemuk

Gara-gara beratnya yang terlalu gemuk, seekor kucing betina di Rusia telah mencetuskan salah faham dalam kalangan warga maya bahawa pemiliknya bertindak melakukan penderaan ke atas haiwan tersebut.

pemilik kucing dipersalahkan kerana berat kucing terlalu gemuk

Pada mulanya, gambar-gambar kucing yang bernama Liznya itu disiarkan oleh pemilik menerusi akaun @fedupcat di Instagram sehingga berjaya memperoleh hampir 9,000 pengikut.

Kesemua gambar itu menunjukkan aksi-aksi kucing tersebut, bagaimanapun yang menjadi perhatian ramai ialah ukuran badannya yang membimbangkan.

Situasi tersebut kemudian menyebabkan sebahagian daripada pengikut terbabit meninggalkan komen yang menuduh pemiliknya melakukan penderaan berikutan badannnya yang terlalu gemuk.

Namun, pemilik Liznya menegaskan bahawa kucingnya itu tidak makan dalam jumlah terlampau banyak.

Sebaliknya, ia hanya bertambah berat badan kerana bunting.

 

Sumber: [1]