Nama Sama Dengan Varian Omicron, Pengasas Klinik Gesa WHO Tukar Nama Lain

Seorang pengasas sebuah klinik menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar tidak menggunakan nama Omicron pada varian baharu COVID-19 kerana ia mempunyai nama sama seperti klinik miliknya.

nama sama dengan varian omicron, pengasas klinik gesa who tukar nama lain

Menurut Aleksandr Padar, klinik pakar mata di Rusia miliknya mempunyai nama Omicron, hasil usaha selama enam tahun membina jenama itu sebagai jenama kesihatan terkemuka.

 

Namun kini nama Omicron telah membawa satu persepsi negatif, termasuklah kepada nama klinik miliknya itu hingga membawa kepada kerugian.

nama sama dengan varian omicron, pengasas klinik gesa who tukar nama lain

"Pada Jumaat lalu, kami dapat tahu bahawa satu strain virus baharu telah dinamakan Omicron. Bagi kami, sudah tentu ia merupakan satu kejutan.

"Kerana, saya bekerja keras selama enam tahun untuk membina kaitan antara perkataan 'Omicron' dan kesihatan, iaitu kesihatan mata, dan sekarang, perkataan ini mempunyai konotasi berbeza, dan sama sekali negatif," katanya.

 

Justeru beliau memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pejabat wakil WHO di Rusia pada 30 November lalu, mendesak agar WHO tidak menggunakan nama tersebut.

 

"Setakat ini, ada satu kes, apabila pesakit dihubungi untuk mengingatkannya mengenai janji temu, dia berkata – 'Omicron? Anda mahu menjangkiti saya?', dan meletakkan telefon,” katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN