Mereka yang memandu di United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menyemak semula jenis insurans perlindungan yang mereka gunakan ketika ini.
.
Ia adalah bagi memastikan insurans yang mereka gunakan itu mempunyai perlindungan daripada serangan makhluk asing atau sebaliknya.
Amaran yang kedengaran aneh itu disampaikan dua pakar permotoran dari AutomoBlog iaitu Drew Young dan Eliza Tews.
.
Menurut mereka, meskipun peluang untuk diculik atau diserang makhluk asing adalah rendah atau samar-samar, hanya insurans kereta yang dapat melindungi seseorang itu seandainya ia benar-benar terjadi kelak.
Perlindungan yang dimaksudkan itu turut merujuk kepada lebih 15,000 serpihan yang kini terapung di angkasa dan sedang mengorbit Bumi. Malah sekitar 500 serpihan ini akan jatuh ke Bumi setiap tahun, maka insurans seperti itulah yang dapat memberi perlindungan kepada pengguna, ujar mereka.
.
Sumber: [1]