Pemandu Pikap Beri Snek Percuma Pada Kenderaannya Dapat Pujian

Seorang pemandu trak pikap di Thailand telah mencuri perhatian ramai selepas bertindak memberikan snek dan pelitup muka secara percuma kepada orang ramai.

pemandu pikap beri snek percuma pada kenderaannya dapat pujian

Apa yang menariknya, snek dan pelitup muka itu diberikan secara percuma dengan melekatkan ia pada kenderaan itu, sehingga mendapat pujian ramai.

 

Menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi Tiktok, pemilik kenderaan itu melekatkan pelbagai snek serta pelitup muka dan orang ramai boleh mengambilnya secara percuma.

pemandu pikap beri snek percuma pada kenderaannya dapat pujian

Terdapat papan tanda kertas dengan tulisan “Ambil secara percuma”.

 

Kelihatan dua orang budak lelaki mengambil makanan ringan pada kenderaan itu sambil mengucapkan terima kasih kepada pemandu berkenaan.

 

@wetchayany น้ำใจดีมากๆ 👍🏻 #เชียงรายดี #สุดยอดไปเลย ♬ 原聲 - 小宇丶

 

Tindakan pemandu kenderaan itu nyata mendapat pujian ramai netizen khasnya warga Thailand.

 

“Ia idea yang bagus! Saya berasa sangat gembira menonton video ini.”

“Tengok budak baju merah tu! Dia berkata terima kasih kepada pemandu!”

“Saya nampak kereta ini hari ini tetapi tidak berani ambil satu ha ha”.

 

Sumber: Siakap Keli