Akibat Tak Puas Hati, Pemain Bola Sepak Argentina Ini Kena Lempar Ikan Dengan 'Hater'

Pemain bola sepak Argentina, Leandro Fernandez, tidak semena-mena dibaling ikan oleh seorang penyokong kelab lawan ketika perlawanan baru-baru ini, sehinggakan terpaksa menerima rawatan perubatan.

akibat tak puas hati, pemain bola sepak argentina ini kena lempar ikan dengan 'hater'

Insiden viral itu berlaku ketika pasukan negara itu, Independiente menentang saingan mereka, Racing Club dalam perlawanan Divisyen Primera.

Fernandez terpaksa dibawa keluar dengan pengusung dan diperiksa pasukan perubatan kelab sebelum dibenarkan untuk bermain semula dalam perlawanan terbabit.

Ia dilaporkan berlaku sejurus selepas separuh masa kedua bermula yang mana peminat dari Racing Club yang membaling ikan itu sehingga terkena pada sebelah kiri muka pemain itu.

Dalam video yang tular di media sosial, ia kelihatan menyakitkan ketika ikan tersebut mengenai muka pemain berusia 31 tahun itu, menyebabkan dia terjatuh di padang sambil memegang pipinya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN