Pelitup Muka Milik Ahli Perniagaan Ini Sama Harga Sebuah Rumah

Pelitup muka merupakan salah satu benda wajib yang perlu dipakai ketika pandemik COVID-19 masih melanda dunia ketika ini.

 

Dipasaran terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang dijual, sama ada berbeza warnanya, saiz mahupun jenama. Malah, ada juga yang mencipta kelainan dengan mencipta pelitup muka bertatahkan emas dan berlian, sekaligus memberi peluang kepada golongan kaya raya untuk menonjolkan status mereka.

pelitup muka milik ahli perniagaan ini sama harga sebuah rumah

Ia termasuklah pelitup muka milik seorang ahli perniagaan dari Bengal yang diperbuat daripada emas dengan harganya bernilai Rs 5.70 lakshs (kira-kira RM236,700).

pelitup muka milik ahli perniagaan ini sama harga sebuah rumah

Pelitup muka itu dikatakan dicipta khas oleh Chandan Das, seorang pembuat barang kemas dari bandar Budge Budge dengan menggunakan 108 gram emas dalam tempoh 15 hari.

pelitup muka milik ahli perniagaan ini sama harga sebuah rumah

Ahli perniagaan itu juga telah memperagakan pelitup muka itu semasa perayaan Durga Puja di Kolkata, namun terpaksa menanggalkannya kerana mengundang pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN