Pelitup 'Kosk’ Yang Dilancarkan Di Korea Undang Kontroversi, Hanya Tutup Bahagian Hidung

Sebuah syarikat Korea Selatan telah melancarkan topeng antivirus yang hanya menutup hidung dan boleh dipakai semasa makan dan minum.

pelitup 'kosk’ yang dilancarkan di korea undang kontroversi, hanya tutup bahagian hidung

“Kosk”, gabungan perkataan ‘ko’ (yang bermaksud hidung dalam Bahasa Korea) dan topeng, telah dikeluarkan oleh syarikat bernama Atnam dan dijual pada harga 9,800 won (RM34) sekotak, dalam talian.

Setiap kosk terdiri daripada dua keping, yang mana satu daripadanya boleh dikeluarkan untuk membiarkan mulutnya tidak bertutup, menurut The Guardian.

Sementara itu, tiga “topeng hidung antivirus tembaga” yang boleh dipakai semua dan hanya menutup hidung turut tersedia dan dijual dalam talian di negara itu pada harga 2,000 won (RM6.98) untuk digunakan bersama topeng biasa yang menutup mulut, dan boleh ditanggalkan ketika makan atau minum di luar.

Meski cetusan itu mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai, beberapa kajian bagaimana telah mencadangkan bahawa laluan hidung merupakan laluan paling mudah untuk dimasuki virus korona.

Justeru, pemakaian topeng hidung tersebut sedikit sebanyak dapat membendung seseorang individu itu daripada dijangkiti COVID-19.

Profesor Catherina Bennett, ketua epidemiologi di Institut Transformasi Kesihatan Universiti Deakin di Australia memberitahu bahawa topeng yang hanya menutup hidung itu adalah “idea pelik” namun “lebih baik daripada tiada”.

“Ia mungkin membuat perbezaan kecil,” tambahnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN