Jadi Trend Baru, Face Mask Ini Hanya Tutup Hidung Sahaja

Pelitup muka merupakan salah satu objek yang penting masa kini, bertujuan melindungi kita daripada dijangkiti wabak penyakit seperti COVID-19.

 

Sepatutnya ia dipakai dengan menutup bahagian hidung serta mulut, pelitup muka ini pula sangat berbeza dengan yang biasa dipakai orang ramai.

jadi trend baru, face mask ini hanya tutup hidung sahaja

Dikenali sebagai ‘kosk’, pelitup muka ciptaan terbaharu Korea Selatan ini hanya menutup bahagian hidung pemakainya dan menjadi trending di negara itu.

 

Nama ‘kosk’ diambil daripada gabungan perkataan Korea iaitu ko yang bermaksud hidung dan sk untuk pelitup. Ia terdiri daripada dua bahagian dengan satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut si pemakai terdedah.

jadi trend baru, face mask ini hanya tutup hidung sahaja

Menurut laporan, kosk dicipta bagi memberi perlindungan terhadap COVID-19 ketika pengguna sedang makan. Bagaimanapun, ciptaan itu mencetuskan kontroversi di Barat dengan ramai menganggap ia sebagai ciptaan yang sia-sia.

 

Bagaimanapun, kajian mendapati hidung adalah laluan paling mudah untuk virus COVID-19 memasuki tubuh manusia. Sesetengah pakar kesihatan berkata, adalah lebih baik memakai pelitup hidung daripada tidak memakai langsung pelitup muka.

 

Pelitup kosk ini telah mendapat penarafan lima bintang di platform beli belah Korea Selatan, dengan dijual pada harga 9,800 won (kira-kira RM34.18) untuk pek berisi 10 kosk.

 

Sumber: [1]