Seorang pelajar berusia 17 tahun dilaporkan pengsan secara tiba-tiba semasa sedang menduduki peperiksaan subjek Matematik.
Pelajar itu bernama Manish Shankar Prasad, 17, dari Kolej Allama Iqbal pada mulanya telah mengambil peperiksaan subjek Matematik dekat sekolah Brilliant Convention di Sundergarh, India.
Beliau kemudian menyedari dalam dewan peperiksaan itu, hanya dia seorang sahaja pelajar lelaki dan selebihnya kira-kira 500 pelajar lagi adalah perempuan.
Panik melihat keadaan sedemikian, Shankar kemudian pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sadar untuk menerima rawatan.
Mujur tiada kecederaan serius dilaporkan. Menurut ibu saudara Shankar, pelajar itu pengsan kerana berdebar-debar serta dalam keadaan trauma berada dalam kumpulan pelajar wanita yang sangat ramai.
Sumber: X @Rahulk123d