Banyak Untung! Pekerja Menang Cabutan Bertuah Cuti Setahun Bergaji

Seorang pekerja disebuah syarikat telah berjaya memenagi cabutan bertuah yang berupa pakej cuti setahun bergaji.

banyak untung! pekerja menang cabutan bertuah cuti setahun bergaji

Lelaki yang bekerja di sebuah syarikat di Shenzhen, China ini pada mulanya menyertai acara cabutan bertuah pada makan malam tahunan syarikat.

 

Beliau yang memegang jawatan pengurusan diumumkan sebagai pemenang untuk hadiah itu, sebelum videonya memegang papan ‘cuti bergaji 365 hari’ dalam bahasa Mandarin menjadi tular.

 

Lelaki itu juga dilihat berkali-kali bertanya sama ada hadiah itu benar atau sebaliknya kerana ia sangat mengejutkan dan sukar dipercayai.

 

Bukan itu sahaja, rakan sekerja dan kakitangan lain juga terkejut dengan hadiah kemenangan beliau.

 

Dalam pada lain, pihak syarikat juga akan berbincang dengannya sama ada dia mahu menukar hadiah cuti itu dengan wang atau menikmati cuti bergajinya.

 

Perkongsian ini menjadi tular menerusi aplikasi Weibo hinggakan ada yang mahu bekerja di syarikat ini dengan harapan dapat menikmati peluang cuti bergaji setahun seperti yang dimenangi lelaki ini.

 

Sumber: Weibo