Seorang bekas pekerja di hospital Itali dituduh berhenti bekerja namun tetap menerima gaji penuh selama 15 tahun.
Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut didakwa berhenti kerja di Hospital Ciaccio di bandar selatan Catanzaro pada 2005.
Sepanjang 15 tahun tersebut, lelaki tersebut dikatakan dibayar keseluruhan €538,000 (RM264, 8190) walaupun tidak bekerja.
Menurut pihak polis, lelaki yang ditangkap itu merupakan penjawat awam dan bekerja di hospital tersebut pada 2005. Sekitar tahun yang sama juga, lelaki tersebut didakwa berhenti bekerja.
Polis turut menuduh lelaki terbabit mengancam pengurusnya agar tidak membuat laporan tatatertib terhadap dirinya.
Pengurus tersebut kemudiannya bersara, tambah polis, namun ketiadaan lelaki tersebut di hospital itu yang berterusan tidak pernah diperhatikan mana-mana penggantinya atau bahagian sumber manusia.
Susulan itu, lelaki itu kini disiasat atas kesalahan penipuan, pemerasan dan penyalahgunaan jawatan.
Dalam pada itu, enam pengurus di hospital tersebut juga disiasat berhubung dakwaan ketidakhadiran.
Penangkapan tersebut merupakan hasil siasatan polis yang mengambil tempoh lama berkenaan ketidakhadiran dan penipuan yang berlaku dalam sektor awam di Itali.
Sumber: [1]