Comelnya! Pasir Berbentuk Bintang Jadi Tarikan Pantai Di Jepun

Sebuah pantai di Jepun telah menjadi tumpuan ramai kerana mempunyai pasir unik berbentuk seperti bintang kecil.

comelnya! pasir berbentuk bintang jadi tarikan pantai di jepun

Terletak di Irimote dekat wilayah Okinawa, pasir itu boleh ditemui di pantai Hoshizuna-no-Hama yang juga bermaksud Pantai Pasir Berbentuk Bintang.

comelnya! pasir berbentuk bintang jadi tarikan pantai di jepun

Dari mata kasar, pasir di pantai itu nampak seakan sama seperti pasir biasa, namun jika ia diteliti, bentuknya sangat unik kerana mempunyai rupa seakan-akan bintang kecil.

 

Penghasilan pasir bintang itu adalah disebabkan berbilion-bilion  eksoskeleton foraminifera iaitu  protozoa laut yang tumbuh subur di dasar laut. Cengkerang kalsium karbonat protzoa itu terus melekat selepas ia mati dan dihanyutkan ke pantai yang mewujudkan keajaiban semulajadi menakjubkan ini.

comelnya! pasir berbentuk bintang jadi tarikan pantai di jepun

Selepas kisah mengenai pasir ini tular, ramai pengunjung datang ke pantai berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri pasir berbentuk bintang.

 

Pihak berkuasa tempatan juga telah menetapkan arahan untuk melarang orang ramai daripada membawa pulang bungkusan pasir unik itu bersama mereka.

comelnya! pasir berbentuk bintang jadi tarikan pantai di jepun

Selain Hoshizuna-no-Hama, terdapat beberapa lagi pantai pasir bintang di pulau berdekatan seperti Taketomi, Tokashiki dan Hatoma yang terletak di Okinawa.

 

Sumber: [1]