Pasangan Suami Isteri Namakan Kembar Corona Dan Covid

pasangan suami isteri namakan kembar corona dan covid

Sepasang suami isteri yang baru sahaja menerima sepasang anak kembar telah menamakan anak mereka Corona dan Covid.

Pasangan daripada Raipur, India melakukan perkara tersebut sebagai simbolik akan kemenangan menghadapi kesukaran.

Berdasarjan laporan Times of India, Preeti Verma, 27 telah melahirkan anak kembarnya ketika India mengharungi perintah bekurung ekoran penularan COVID-19 pada 26 Mac yang lalu.

Disebabkan kejadian tersebut, maka Verma dan suaminya memilih untuk menjadikan hari kelahiran bayi kembarnya sebagai “hari yang tidak dapat dilupakan”

"Kelahiran itu berlaku selepas kami berdepan dengan pelbagai kesukaran, jadi saya dan suami mahu menjadikannya sebagai hari yang tidak dapat dilupakan.

"Virus COVID-19 memang bahaya dan mengancam nyawa, tetapi kesan daripada wabak itu, orang ramai fokus menjaga kebersihan dan penjagaan diri.

"Jadi kami fikir untuk menggunakan nama tersebut," katanya yang bersalin di DR BR Ambedkar Memorial Hospital.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN