Pasangan Namakan Bayi HTML

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dari Filipina menangkap perhatian warganet apabila mereka menamakan bayi mereka sebagai HTML.

pasangan namakan bayi html

Menerusi satu entri di Facebook yang dimuat naik bapa kepada bayi lelaki itu sendiri, nama penuh anak kecil itu ialah Hypertext Markup Language Rayo Pascual.

Keputusan untuk menamakan anaknya itu dengan nama tersebut dipercayai kerana bapanya yang bekerja sebagai seorang pembangun laman web.

Mungkin sekali nama ini kedengaran begitu asing dan aneh untuk sesetengah orang.

Namun sekiranya anda fikirkan bahawa ia sudah cukup pelik, tahun lalu, pasangan selebriti popular iaitu Elon Musk dan Grimes menamakan cahaya mata sulung mereka sebagai X Æ A-Xii.

 

Sumber: [1]