Pasangan Namakan Anak Glhynnyl Hylhyr Yzzyghyl

Sebuah keluarga di Filipina menempa populariti di internet apabila mereka menamakan bayi lelaki mereka sebagai Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Bruscato.

pasangan namakan anak glhynnyl hylhyr yzzyghyl

Menurut sumber, nama unik yang sukar ditulis apatah lagi disebut itu dipilih sendiri oleh datuk bayi tersebut yang bernama Raugyl Ferolin Estrera.

Nama lahir bayi itu mula tular apabila gambar sijil kelahirannya dikongsi ke Facebook oleh rakan keluarga tersebut pada 29 April lalu.

Tulisnya pada entri terbabit, “Selamat datang wahai bayi yang menakjubkan di dunia, Glhynnyl Hylhyr Yzzyghyl M. Buscato.”

Sejak dimuat naik, entri itu telah dikongsi hampir  50,000 kali dengan lebih 27,000 tanda suka dan 10,000 komen.

Rata-rata, ramai warganet yang memberi reaksi lucu terhadap nama unik itu selain ada yang mencabar diri sendiri untuk membaca nama yang sukar untuk disebut itu.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet yang menzahirkan kekhuatiran mereka kalau-kalau bayi itu akan mengalami kesukaran untuk menulis namanya ketika berada di peringkat persekolahan nanti.

Agaknya, macam mana ya nak sebut nama Glhynnyl Hylhyr Yzzyghyl M. Buscato?

 

Sumber: [1]