Pasangan Ini Guna Udang Galah Jadi Mas Kahwin Bernikah

Acara pernikahan biasanya akan disertakan dengan mas kahwin serta dulang hantaran yang diisi sama ada dengan wang mahupun barangan berharga.

pasangan ini guna udang galah jadi mas kahwin bernikah

Namun lain pula kisahnya dengan acara pernikahan enam pasangan pengantin di Yogyakarta, Indonesia ini kerana mereka menggunakan udang galah sebagai mas kahwin.

pasangan ini guna udang galah jadi mas kahwin bernikah

Menurut laporan, enam pasangan pengantin yang dinikahkan di kawasan Pantai Krakal, Tunjungsari, Gunungkidul telah menyediakan udang galah sebagai mas kahwin mereka, bersama dengan cincin perak.

.

Proses pernikahan pasangan itu dimulai dengan tarian nirboyo dan gambyong, sebelum pengantin tiba dengan menaiki jeep untuk ke lokasi tersebut.

.

Udang galah yang digunakan sebagai mas kahwin itu juga selari dengan sambutan Hari Laut Sedunia.

.

Keunikan pernikahan pasangan-pasangan ini boleh dijadikan satu bentuk promosi pelancongan, selain menunjukkan kawasan Gunungkidul adalah selamat dan selesa dikunjungi, demikian menurut Timbalan Bupati Gunungkidul, Heri Susanto.

.

Sumber: [1]