Panjat Dinding Tanpa Sebarang Alatan, Kanak-Kanak Perempuan Ini Digelar Anak Spiderman

Siapa nak sangka dalam kehidupan nyata yang watak Spiderman itu sebenarnya wujud?

panjat dinding tanpa sebarang alatan, kanak-kanak perempuan ini digelar anak spiderman

Dalam sebuah video yang tular di serata media sosial, seorang kanak-kanak perempuan menarik perhatian orang ramai gara-gara aksinya yang memanjat dinding secara mudah hanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.

Video yang dikongsi di akaun Twitter bernama Fun Viral Vids itu kini viral dengan lebih dari 526,000 tontonan di Twitter serta ribuan komen daripada komuniti warganet yang terpegun melihat aksi tersebut.

Coret akaun tersebut pada ruangan kapsyen video tersebut, “Anak perempuan Spiderman”.

Dalam video berdurasi 55 saat itu, kanak-kanak perempuan itu dilihat berdiri di sudut bilik yang mana dia kemudian mula memanjat dinding tersebut menggunakan tangan dan kakinya sambil menghadap ke dinding semasa melakukan aksi tersebut.

Apa-apa pun, kepada mereka di luar sana, lagi-lagi yang masih kecil tu, dinasihatkan supaya jangan tiru aksi tersebut!

Sehebat mana pun ‘stunt’ sebegini, tidak dinafikan ia mampu membawa bahaya, lagi-lagi tanpa adanya sebarang faktor yang mampu menjamin keselamatan!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN