Penumpang Panik Lihat Skru Sayap Pesawat Tercabut Semasa Penerbangan

Pesawat penerbangan merupakan antara pengangkutan yang paling selamat kerana biasanya ia telah menjalani pemeriksaan rapi sebelum memulakan perjalanan.

.

Namun ada juga terlepas pandang beberapa perkara yang dianggap remeh, sehinggakan mendatangkan panik dan juga menyebabkan kecelakaan boleh berlaku tanda di duga.

.

Itu yang terjadi kepada sebuah pesawat milik negara China yang dirakam telah tercabut beberapa skru sayapnya semasa berada pada ketinggian lebih 10,000 meter di ruang udara.

penumpang panik lihat skru sayap pesawat tercabut semasa penerbangan

Video dirakam seorang penumpang pesawat terbabit, dengan jelas menunjukkan skru pada sayap hilang manakala skru-skru lain kelihatan sangat longgar. Insiden itu dirakamkan pada 7 Julai lalu.

Penumpang yang berada dalam ketakutan telah memuatnaik rakaman itu di laman sosial Weibo dan menjadi tular.

.

Ekoran rakaman itu, pihak syarikat penerbangan telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pelanggan tentang keselamatan penerbangan syarikat mereka.

.

Menurut mereka, kerosakan itu telahpun dibaiki dan pemeriksaan keselamatan telah dibuat juga pada model pesawat lain. Bagaimapun mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana skru-skru pada pesawat terbabit menjadi longgar dan kemungkinan keselamatan penerbangan itu menjadi terjejas.

.

Sumber: [1]