Pakar Jumpa Rangka Mayat Pontianak, Ada Bilah Sabit Pada Kerongkong

Satu rangka mayat perempuan dalam keadaan menyeramkan telah ditemui di sebuah tanah perkuburan dekat Warsaw, Poland.

pakar jumpa rangka mayat pontianak, ada bilah sabit pada kerongkong

Rangka mayat yang dipercayai adalah sejenis pontianak ditemui semasa proses penggalian di sebuah tanah perkuburan lama di kampung Pien dalam wilayah Mielec.

 

Menurut pakar arkeologi, rangka itu dipercayai pontianak kerana keadaan mayat semasa ditemui mempunyai sebilah sabit yang mengelilingi kerongkongnya. Ibu jari kiri rangka itu dikunci, dipercayai merupakan salah satu upacara bagi menghalang mayat itu hidup semula.

pakar jumpa rangka mayat pontianak, ada bilah sabit pada kerongkong

“Cara untuk melindungi diri daripada ‘si mati yang hidup semula’ adalah termasuk memenggal kepala atau memotong kaki, meletakkan si mati ke bawah dengan keadaannya menggigit tanah, membakar dan menghancurkannya dengan batu.

“Sabit itu diletakkan di leher sebagai amaran sekiranya si mati cuba untuk ‘bangun’, kemungkinan besar kepalanya akan dipotong atau cedera,” kata Ketua pasukan penyelidik tersebut, Profesor Dariusz Polinski dari Universiti Nicholas Copernicus.

pakar jumpa rangka mayat pontianak, ada bilah sabit pada kerongkong

Menurut pengkaji itu lagi, individu yang didakwa merupakan pontianak sekitar abad ke-17 telah dibunuh secara ganas di seluruh Eropah Timur pada zaman tersebut.

 

Sumber: Kosmo!