Pakar-pakar diminta untuk mencari jalan dan idea untuk memadamkan api di sebuah kawah yang mengandungi api dan dikenali dengan nama ‘Pintu ke Neraka’.
![pakar-pakar diminta cari jalan padam api di ‘pintu ke neraka’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/pintu-ke-nerakap09kb54k.jpg)
Terletak di Gurun Karamum iaitu kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan, cadangan untuk memadamkan api itu diutarakan oleh presidennya sendiri dalam satu ucapan baru-baru ini.
Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov berkata, pembakaran berterusan dalam kawah itu telah menyebabkan kesan negatif kepada persekitaran dan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan dengannnya.
![pakar-pakar diminta cari jalan padam api di ‘pintu ke neraka’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/pintu-ke-neraka60368899_101.jpg)
Kawah itu yang juga disebut sebagai kawah gas Darvada sudah mula terbakar sejak tahun 1971 lagi. Ia dilaporkan secara tidak sengaja terbakar ketika kerja-kerja penggalian dibuat Kesatuan Soviet lebih empat dekad lalu, hingga mengenai kawasan gas semula jadi sekaligus mengakibatkan muncul api dalamnya.
![pakar-pakar diminta cari jalan padam api di ‘pintu ke neraka’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/pintu-ke-neraka81745.jpg)
Bagaimanapun kawah yang mempunyai kedalaman 20 meter dan selebar 70 meter itu telah menjadi daya tarikan pelancong di negara berkenaan.
![pakar-pakar diminta cari jalan padam api di ‘pintu ke neraka’](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/pintu-ke-nerakadoor_to_hell_10_dejong_lantink.jpg)
Pun begitu, kawah api buatan manusia itu memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan pakar-pakar kini diminta untuk tampil memberikan cadangan dan idea bagi memadamkannya.
Sumber: [1]