Padah Curi Telefon Bimbit, Lelaki Dihukum Tarik Lori Sampai Bergerak

Akibat daripada cubaan mencuri telefon bimbit dari sebuah lori, seorang lelaki dikenakan hukuman denda menarik kenderaan berat itu sehingga bergerak sebelum dimaafkan.

padah curi telefon bimbit, lelaki dihukum tarik lori sampai bergerak

Kejadian berlaku berhampiran jejantas Bhatumundai di daerah Jagatsinghpur, India baru-baru ini selepas suspek ditangkap atas cubaan mencuri telefon bimbit dari sebuah lori.

.

Menerusi rakaman yang tular, suspek yang ditangkap telah diikat di hadapan lori cuba untuk berjalan laju bagi menarik lori sebagai hukuman atas perbuatannya itu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada beliau berjaya melakukannya atau tidak.

.

Insiden itu mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Odisha (OHRC) yang menyifatkan hukuman itu sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius.

.

Suruhanjaya itu juga telah mengeluarkan notis kepada Jagatsighpur SP supaya menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku dan perlu menyerahkan laporan dalam tempoh 15 hari. Suruhanjaya itu juga telah menjadualkan tarikh 17 Jun ini untuk perbicaraan.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN