Senyap-Senyap Oyen Masuk Beg, Kantoi Masa Di Airport

Seekor kucing ‘terkantoi’ selepas dipercayai menyelinap masuk ke dalam beg bagasi individu ini selepas pemeriksaan di pintu masuk sebuah lapangan terbang.

 

Kejadian berlaku selepas pegawai bertugas mendapati terdapat objek berbentuk haiwan dalam bagasi individu tersebut menerusi sinar-X yang dilakukan.

senyap-senyap oyen masuk beg, kantoi masa di airport

Menurut laporan, kejadian berlaku pada 16 Nov lalu di lapangan terbang JFK di New York selepas individu itu tidak sedar kucing berwarna oren masuk secara senyap-senyap ke dalam bagasi tersebut.

senyap-senyap oyen masuk beg, kantoi masa di airport

Kucing itu juga bukan miliknya dan merupakan kepunyaan orang lain dalam rumah, demikian menurut laporan NBC News.

 

Pemeriksaan lanjut mendapati, kucing yang bernama Smells ini telah masuk ke dalam rumah individu itu secara senyap-senyap sebelum menyelinap ke dalam bagasi berkenaan. Pemilik Smells iaitu Alex dan Alix turut berkongsi pengalaman bila mana kucingnya itu sering masuk ke dalam bagasi menerusi Instagram mereka.

senyap-senyap oyen masuk beg, kantoi masa di airport

senyap-senyap oyen masuk beg, kantoi masa di airport

Mujur individu yang terlepas penerbangan dek kerana si Oyen ini dapat membuat tempahan semula penerbangan pada hari esoknya.

 

Sumber: Mothership