Objek Aneh Terapung Dikatakan Alien Atau Mungkin Najis Angkasawan?

Seorang pakar yang terlibat dalam usaha mencari kewujudan makhluk asing dan UFO telah tampil dengan teori mengenai penemuan satu objek aneh terapung di angkasa baru-baru ini.

objek aneh terapung dikatakan alien atau mungkin najis angkasawan?

Objek aneh berwarna keemasan itu dlihat terapung dan berada berdekatan dengan International Space Station (ISS) pada 1 Februari lalu.

 

Scott C. Waring, menerusi hantaran di laman blognya, mendokumenkan imej yang diambil menerusi kamera langsung NASA ISS, dari rumahnya di Taiwan.

objek aneh terapung dikatakan alien atau mungkin najis angkasawan?

Imej tersebut menarik perhatiannya kerana ia mempunyai warna emas keemasan dan memungkinkan ia sebenarnya adalah makhluk asing yang menuju ke Bumi.

 

Selain itu, beliau turut beranggapan ia mungkin juga najis angkasawan di ISS, atau serpihan dari satelit.

 

“Saya sedang menonton kamera langsung dan tiba-tiba objek berwarna emas ini muncul dan bergerak dengan pantas.

“Objek itu mempunyai warna emas kearah coklat, ada yang besar dan ada yang kecil. Saya fikir pada awalnya ia adalah awan, tapi saya tidak pernah melihat awan berbentuk itu.

“Mungkin ia serpihan satelit atau roket? Tapi saya tidak pernah melihat teknologi itu digunakan sebelum ini. Mungkin juga ia adalah air kencing atau najis dari angkasawan ISS?

“Tetapi, NASA telah melaburkan jutaan dolar bagi menghasilkan mesin yang boleh menukarkan bahan perkumuhan manusia kepada air bersih yang boleh diminum,” ujarnya.

 

Objek aneh itu masih menjadi tanda tanya Scott dan pengikutnya di laman sosial.

 

Sumber: [1]