“Aku Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin Tiket Konsert Coldplay, Tunai..” Akad Nikah Ini Jadi Tular

Semangat terhadap kumpulan rock alternatif, Coldplay bukan sahaja dirasai di negara ini, malah kepada peminat di negara jiran.

dah confirm 22 nov, peminat teruja nak beli tiket coldplay di malaysia!

Kini tular satu klip video yang memaparkan tiket konsert Coldplay digunakan sebagai sebahagian daripada mas kahwin buat pasangan dari Indonesia ini.

 

Menurut pemilik akaun @rhfndtaaa, saudaranya, Anastasya Ayu Widiadana, telah menerima mas kahwin yang unik dalam bentuk tiket konsert Coldplay.

“aku terima nikahnya dengan mas kahwin tiket konsert coldplay, tunai..” akad nikah ini jadi tular

"Saudara saya diberikan mas kahwin berupa tiket Coldplay. Pernikahannya disokong Chris Martin,” ujar beliau.

 

 

Menerusi video tersebut, kedengaran wali menikahkan pasangan itu dengan bermaskahwinkan logam 21 gram, sepersalinan alat solat serta tiket konsert Coldplay yang dibayar tunai.

 

"Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana kepada engkau dengan mas kahwin logam berharga 21 gram, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai," ujar wali

“aku terima nikahnya dengan mas kahwin tiket konsert coldplay, tunai..” akad nikah ini jadi tular

Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh yang tepat majlis tersebut tidak dapat dipastikan.

 

Klip video tersebut, yang dikongsi oleh akaun @IDWantsColdplay, menerima pelbagai reaksi lucu di media sosial, dengan ramai pengguna yang secara jenaka berspekulasi tentang kemungkinan konsert tersebut dibatalkan secara tiba-tiba.

 

Difahamkan bahawa sejumlah besar peminat tegar kumpulan rock British yang popular ini tidak dapat memperoleh tiket untuk konsert ini yang dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November.

 

Sumber: Astro AWANI