Saintis mempercayai sebuah buku yang dimiliki oleh Universiti Harvard diperbuat daripada kulit manusia.
Buku bernama Des destinees de l’ame (Destinies of the Soul) itu telah ditempatkan di Perpustakaan Houghton sejak 1930-an.
Ia dipercayai telah diberi penulis Arsene Houssaye kepada rakannya, Dr Ludovic Bouland, pada pertengahan 1880-an yang mana Dr Bouland kemudian dilaporkan mengikat buku tersebut dengan menggunakan kulit badan seorang pesakit wanita yang tidak dituntut selepas meninggal dunia.
“Data analisis, yang diambil bersama-sama dengan asal Des destinees de l'ame, menjadikannya sangat tidak mungkin yang sumber itu mungkin adalah selain manusia,” kata Bill Lane, pengarah Makmal Sumber Spektrometri Massa dan Proteomik Harvard, kepada Blog Perpustakaan Houghton.
Amalan mengikat buku menggunakan kulit manusia disebut sebagai bibliopegi antropodermik dan dilaporkan telah digunakan sejak awal abad ke-16.
Banyak akaun abad ke-19 wujud tentang mayat penjenayah yang dihukum mati didermakan kepada sains, yang mana kulit mereka kemudiannya diberikan kepada penjilid buku.
Lebih mengerikan, Dr Bouland juga sempat meninggalkan sekeping nota di sebalik helaian buku tersebut. Tulisnya, “Saya telah menyimpan sekeping kulit manusia ini diambil dari belakang seorang wanita. Sebuah buku mengenai jiwa manusia berhak mempunyai penutup (yang diperbuat daripada kulit) manusia.”
Buku itu, dikhabarkan adalah berkenaan meditasi tentang jiwa dan kehidupan selepas kematian.
Ia dipercayai merupakan satu-satunya buku yang memiliki kulit yang diperbuat daripada kulit manusia sendiri.
Sumber: [1]