NASA Tawar Hadiah Jika Ada Idea Kitar Semula Najis Angkasawan

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menawarkan hadiah bernilai AS$24,000 (RM100,501) jika ada mana-mana individu atau pasukan yang berjaya memberikan idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi bahan berharga.

nasa tawar hadiah jika ada idea kitar semula najis angkasawan

Menerusi projek ‘Space Gold’, idea diperlukan untuk bahan seperti najis manusia, gas karbon dioksida yang dihembus daripada nafas, sampah-sarap dan plastik pembungkusan buih dikitar semula untuk menjadi produk yang berharga.

 

Tujuan utama NASA adalah bagi membantu angkasawan untuk menyertai misi-misi angkasa dalam tempoh masa lebih lama tanpa dihadkan kepada kuantiti bahan dan sumber yang dibawa dari Bumi.

 

Selain hadiah AS$24,000 (RM100,501), cabaran yang disebut sebagai Waste to Base Materials Challenge: Sustainable Reprocessing in Space itu turut menawarkan hadiah tambahan bagi peserta yang memberikan idea terbaik dalam setiap kategori iaitu najis, karbon dioksida, sampah-sarap dan bahan pembungkusan buih.

nasa tawar hadiah jika ada idea kitar semula najis angkasawan

Buat masa ini, terdapat beberapa aktiviti kitar semula yang telah dilaksanakan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) seperti menggunakan sistem air kitar semula sejak tahun 2009.

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN