Nampak Macam Kucing Tapi Sebenarnya Beg

Baru-baru ini, komuniti Twitter di Jepun kecoh mengenai bag yang menyerupai kucing.

nampak macam kucing tapi sebenarnya beg

nampak macam kucing tapi sebenarnya begManakan tidak, beberapa gambar yang berupa beg galas kucing yang dikongsi menerusi Twitter itu, segera menjadi viral gara-gara rekaan beg tersebut yang menyerupai kucing sebenar sehingga hampir sahaja membuat orang ramai menjadi keliru!

Berikutan itu, akaun artis yang menjual beg galas tersebut menerima begitu banyak mesej daripada orang ramai dari seluruh dunia yang berminat untuk membeli beg galas tersebut.

Namun malangnya, ia merupakan satu-satu yang seumpamanya, tambahan lagi artis tersebut sudah pun dibanjiri pesanan lain!

 

 

Beg galas unik itu merupakan ciptaan seorang artis Jepun, Pico Miho.

Difahamkan bahawa ibu kepada dua orang cahaya mata itu mula membuat beg galas unik itu sejak beberapa tahun lalu yang mana kesemua hasil ciptaannya itu dibuat dengan menggunakan tangan serta mempunyai ukuran yang sama dengan kucing, agar ia tampil realistik.

Selain itu, beg galas tersebut juga dikatakan memerlukan banyak masa dan usaha untuk dihasilkan, memadai sahajalah dengan hasilnya yang kelihatan seperti kucing sebenar.

nampak macam kucing tapi sebenarnya beg

Segala hasil karya seni Pico yang berupa beg galas kucing itu dijual dalam talian dan adakalanya mampu mencecah hingga $950 (RM3897) untuk setiap satu.

 

Sumber: [1] [2]