Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat dilaporkan mempunyai nama terpanjang di dunia, iaitu sebanyak 1,019 huruf.
Disebabkan namanya yang panjang, beliau juga mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter) bagi memuatkan kesemua namanya itu.
Ibunya Sandra Williams, memutuskan untuk memberikan nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.
Pada mulanya, beliau memberikan nama Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahirannya.
Namun selang tiga minggu kemudian, beliau merasakan nama itu tidak cukup panjang, lalu memohon untuk menukar nama tersebut dengan menjadikan 1,019 huruf, maka nama baharunya menjadi:
Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive'onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea'shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.
Nama ini menurut laporan adalah idea gabungan pelbagai nama filem, kereta dan juga nama saudar-mara.
Beliau yang kini berusia 38 tahun, hanya dikenali dengan nama Jamie, masih memegang rekod dunia Guinness kerana namanya yang cukup panjang.
Sumber: [1]