Nama Ada 19 Patah Perkataan, Kanak-Kanak Lelaki Ini Jadi Viral

Seorang kanak-kanak lelaki dari Indonesia menjadi perhatian ramai gara-raga memiliki 19 patah perkataan pada namanya, seperti yang didedahkan dalam sebuah rancangan televisyen tempatan.

 

Menurut portal Suara.com, kanak-kanak lelaki itu mempunyai nama “Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.”

nama ada 19 patah perkataan, kanak-kanak lelaki ini jadi viral

Foto tangkapan layar itu menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter @ryawinningson berkongsi nama kanak-kanak itu, hingga membuatkan netizen terhibur.

 

Ada juga netizen yang meluahkan rasa simpati dengan nasib kanak-kanak yang berasal dari Tuban, Jawa Timur itu yang mungkin berdepan kesulitan untuk menulis namanya yang terlampau panjang.

 

“Bayangkan kanak-kanak ini tidak lulus ujian kerana menulis nama sehingga mengambil masa sejam,” tulis seorang pengguna Twitter.

 

Sumber: Suara.com