Sebuah keluarga yang sedang berhimpun untuk menikmati hidangan ringkas terkejut apabila mendapati pizza yang dipanaskan mereka turut dibakar bersama seekor ular.
Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Utara Carolina Amerika Syarikat. Ketika kejadian itu, salah seorang ahli keluarga yang dikenali sebagai Ambel Helm berkata, ketuharnya mengeluarkan asap sekali dengan bau yang aneh. Selepas itu baru lah mereka menyedari akan kehadiran reptilian sepanjang kira-kira 18 inci.
"Ketika ketuhar mengeluarkan asap, saya telah meminta kedua-dua anak saya untuk bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti kebakaran.
"Apa yang mengejutkan ialah bangkai ular tersebut dalam keadaan bergulung berada di bawah piza itu. Ia sesuatu yang amat menyeramkan kami sekeluarga," katanya.
Dia juga memberitahu bahawa ketuhar tersebut telah digunakan hatta untuk menyimpang barang apa pun. Dia juga turut akui tidak cek dahulu sebelum memanaskan makanan.
"Kali terakhir ia digunakan pada Hari Krismas lepas. Ular tersebut mungkin masuk melalui lubang bahagian bawah ketuhar tetapi tidak pasti bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah.
"Selepas kejadian malam itu, kami sekeluarga keluar makan di restoran dan tidak menggunakan sebarang peralatan di dapur," katanya.
Sumber: Sinar Harian