Gara-Gara Ular, Habis Rumah RM7.6 Juta Hangus Terbakar

Gara-gara mahu mengusir seekor ular keluar dari rumah dengan menggunakan bara api, seorang penduduk di Maryland secara tidak sengaja telah membakar rumahnya yang bernilai RM7.6 juta.

niat nak halau ular, tapi habis rumah rm7.6 juta terbakar

Pemilik rumah berkenaan pada mulanya mahu mengusir reptilia itu keluar dari kediamannya, namun tindakannya itu telah menyebabkan kediaman di Dickerson, Maryland hangus dalam kebakaran.

 

Ketika kejadian, beliau yang menggunakan bara api tidak sedar telah meletakkannya dekat dengan bahan mudah terbakar, lalu mencetuskan kebakaran. Kejadian berlaku pada 23 November lalu kira-kira jam 10 malam.

 

Kebakaran bermula pada ruang bawah tanah kediaman bertingkat itu, sebelum ia merebak ke seluruh bahagian rumah.

 

Seramai 75 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian, namun struktur kediaman dan bumbung runtuh dalam kebakaran tersebut. Lebih merumitkan keadaan, tiada pili bomba berdekatan dengan kawasan itu lalu menyukarkan proses pemadaman api.

 

Mujur tiada kecederaan jiwa dilaporkan, namun kerugian dianggarkan mencecah lebih AS$1 juta (kira-kira RM4.23 juta).

 

Sumber: [1]

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN