Murid Dari Malaysia Catat Rekod Dunia Kemas Beg Sekolah Paling Pantas

Seorang murid berusia 10 tahun dari Malaysia telah mencatatkan rekod dunia dalam kategori mengemas beg sekolah paling pantas baru-baru ini.

murid dari malaysia catat rekod dunia kemas beg sekolah paling pantas

Murid dari SJK (T) Taman Melawati, Sarvysswharrann memegang rekod dunia dalam kategori bawah 16 tahun dengan pengiktirafan dibuat kepadanya pada 15 Jun lalu.

 

Menurut laporan, murid tersebut mampu mengemas beg sekolahnya dengan masa terpantas 31.33 saat.

 

Selain itu, beliau turut memecahkan beberapa rekod lain seperti menyebut nama-nama pesawat (213 nama) paling pantas dibawah masa 6 minit dan juga menyebut 200 nama dinasour paling laju dalam masa dua minit 36 saat.

murid dari malaysia catat rekod dunia kemas beg sekolah paling pantas

Menariknya, pelajar ini juga pernah menang tiga pingat emas di Penang International Invention Innovation and Design Competition in 2021 dengan tiga ciptaan serta inovasinya.

 

Tahniah Sarvysswharrann!

 

Sumber: WOB