Selama-lamanya Kekal Muda, Influencer Ini Rupanya Bukan Manusia Sebenar

Pempengaruh atau juga disebut sebagai ínfluencer merupakan individu yang mempunyai ribuan pengikut sama ada di laman sosial atau dalam kehidupan sebenar dan berupaya mempengaruhi orang ramai dengan apa juga aktiviti yang dilakukan.

 

Antara influencer yang terkenal dari Korea Selatan masa kini adalah Rozy yang kini mempunyai lebih 80 ribu pengikut di Instagram.

selama-lamanya kekal muda, influencer ini rupanya bukan manusia sebenar

Sekali pandang, Rozy kelihatan seperti kebanyakkan influencer wanita lain, namun tahukah anda Rozy bukanlah manusia biasa, sebaliknya adalah satu watak maya buatan manusia?

selama-lamanya kekal muda, influencer ini rupanya bukan manusia sebenar

Kelebihan Rozy sebagai pempengaruh maya adalah ia tidak terikat dengan jadual ketat seperti kebanyakkan pelakon dan penyanyi popular. Malah, ia juga bersih daripada sebarang kontroversi dan skandal, serta kekal muda selama-lamanya.

selama-lamanya kekal muda, influencer ini rupanya bukan manusia sebenar

Setakat ini, Rozy telah menerima lebih 100 tajaan dan memperoleh pendapatan lebih daripada 1 bilion won (kira-kira RM3.56 juta) pada tahun ini.

 

Watak Rozy yang dikatakan berusia 22 tahun, diperkenalkan Sidus Studio X pada Ogos tahun lalu dan sejak dari itu ia ditampilkan sebagai model dan influencer laman sosial.

selama-lamanya kekal muda, influencer ini rupanya bukan manusia sebenar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sidus Studio X, Baek Seung-yeop, Rozy sudahpun menjayakan dua iklan pada bulan ini dan bakal menandatangani lapan kontrak ekslusif tidak lama lagi.

selama-lamanya kekal muda, influencer ini rupanya bukan manusia sebenar

Buat masa ini, Rozy dipromosikan menerusi gambar dan video di media sosial dan bakal membintangi filem, drama serta rancangan hiburan kelak.

 

Sumber: [1]