Telefon bimbit adalah peranti yang memudahkan urusan komunikasi dibuat antara satu pihak dengan pihak lain. Ia pertama kali dicipta pada tahun 1973 oleh syarikat Motorola.
Namun foto seorang lelaki yang diambil pada Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1940-an ini telah mengundang tanda tanya kerana kelihatan seorang lelaki sedang memegang telefon bimbit, sedangkan ketika itu peranti ini masih belum dicipta lagi.
Foto yang tular diambil pada tahun 1943 itu menunjukkan sekumpulan penduduk dan tentera Amerika Syarikat sedang berbual santai sambil mengisi masa lapang.
Namun seorang lelaki memakai kot hitam dilihat sedang berbual menggunakan telefon bimbit sambil berdiri di sebuah pejalan kaki yang sibuk.
Ia telah menimbulkan tanda tanya kerana telefon bimbit pertama dicipta 30 tahun selepas foto itu diambil, dan pelbagai spekulasi mula timbul termasuklah teori merentas masa.
Ada netizen yang mengatakan lelaki itulah pencipta telefon bimbit yang pertama di dunia, dan ada juga yang berteori lelaki itu sebenarnya dari masa hadapan.
Sehingga kini misteri pengembara telefon bimbit itu masih belum selesai.
Sumber: Mirror UK