Masih Hidup? Misteri Akaun Facebook Tangmo Tiba-Tiba Kembali Aktif

Siapa nak sangka, selepas diisytiharkan meninggal dunia pada Februari lalu akibat mati lemas, akaun Facebook milik selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida tiba-tiba aktif!

masih hidup? misteri akaun facebook tangmo tiba-tiba kembali aktifmasih hidup? misteri akaun facebook tangmo tiba-tiba kembali aktif

Lebih aneh, terdapat beberapa status telah dimuat naik di laman media sosial itu sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.

Status pertama yang dimuat naik pada 11.23 pagi memaparkan gambar Tangmo dari belakang dengan kapsyen yang berbunyi, “Saya telah didera oleh rakan yang disayangi dan dipercayai.”

Tidak lama selepas itu, kedua pula dimuat naik pada 4.10 petang menyatakan bahawa Tangmo tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.

“Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang. Jika tak mahu cakap benar, saya akan ceritakan semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang. 

“Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku,” tulis akaun terbabit.

Status lain yang dimuat naik menerusi Facebook Story pula seperti cuba memberitahu tentang kebenaran di sebalik tragedi itu.

“Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang,” tulis akaun sama lagi.

Terdahulu, pihak berkuasa mengisytiharkan bahawa Tangmo meninggal dunia akibat lemas dan bukan kerana terjatuh dengan sengaja ke dalam sungai Chao Phraya selepas menjalankan siasatan selama dua bulan.

 

Sumber: [1]