Wanita Sering Mimpi Lihat Suaminya Curang, Tak Sangka Ini Berlaku

Seorang wanita tidak menyangka mimpi yang sering dialaminya adalah satu petanda yang ia benar-benar berlaku.

wanita sering mimpi lihat suaminya curang, tak sangka ini berlaku

Wanita yang dirahsiakan identitinya ini sering bermimpi melihat kecurangan suaminya, namun tidak menyangka mimpi tersebut adalah kenyataan.

 

Menerusi satu hantaran yang tular, wanita itu terkejut apabila mendapat tahu suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita yang berstatus isteri orang.

 

“Penipuan suaminya terbongkar selepas isterinya sering bermimpi mengenai telefon bimbit dan seorang wanita lain.

“Kejadian itu berlaku beberapa hari lalu apabila si isteri merampas telefon bimbit suaminya dan semuanya telah terbongkar,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

 

Lebih menyedihkan, suami itu bersama kekasih gelapnya turut mempunyai anak hasil hubungan terlarang mereka.

 

Menurut laporan itu lagi, si suami gemar untuk membeli barangan mewah, sedangkan isteri sebenarnya duduk dalam serba sederhana.

 

“Si suami gemar membeli barangan berjenama sedangkan anak dan isterinya hidup amat sederhana. Bahkan ada masanya si suami tidak memberikan wang untuk memasak,” tulis video itu lagi.

 

Rata-rata warganet yang melihat video berkenaan sepakat memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

 

Sumber: Kosmo!