Rumah Tiba-Tiba Terbakar, Lelaki Salahkan Meteor Sebagai Punca

Seorang lelaki menyatakan sebiji batu meteor telah jatuh ke atas rumahnya sehingga menyebabkan berlaku kebakaran baru-baru ini.

rumah tiba-tiba terbakar, lelaki salahkan meteor sebagai punca

Lelaki itu mendakwa dia terdengar satu dentuman kuat menimpa rumah sebelum kebakaran itu berlaku.

 

Kejadian berlaku di California Utara selepas lelaki itu, Dustin Procita sedang berehat bersama dua anjingnya semasa insiden itu terjadi.

 

Semasa kejadian, dentuman kuat diikuti bau asap dari arah anjung rumah dan dia mendapati terdapat kebakaran berlaku.

 

Malah, sejumlah orang melaporkan ada ternampak bebola api di langit California sekitar 7.30 malam pada Jumaat lalu semasa hari kejadian.

Dalam pada itu, Procita berkata pada mulanya dia sendiri tidak pasti apakah benda yang jatuh atas rumahnya. Namun selepas mendengar berita tentang kejadian bebola api di langit pada malam yang sama, dia percaya meteor adalah punca kepada kebakaran itu berlaku.

 

Sumber: Sinar Harian