Restoran Ini Perkenal Menu Baru, Ramen Celup Aiskrim Kon

Terdapat pelbagai hidangan yang ada di sekeliling kita. Yang membezakannya adalah rasa dan keunikan menu berkenaan.

 

Satu menu baharu yang diperkenalkan sebuah restoran di Jepun ini pasti membuatkan anda tidak percaya akan kewujudan dan rasa makanan itu.

restoran ini perkenal menu baru, ramen celup aiskrim kon

Restoran Franken yang terletak di Osaka, Jepun, telah memperkenalkan menu unik iaitu Miso ramen yang dihidangkan bersama aiskrim kon cair ditengahnya.

restoran ini perkenal menu baru, ramen celup aiskrim kon

Menu itu telah mula dijual sejak 4 Januari lalu, dengan rasa unik masam dan manis hasil kombinasi kedua-dua campuran makanan tersebut.

 

Sup daripada ramen diperbuat daripada cili kisar dan mengandungi pelbagai bahan campuran lain seperti ekstrak daging dan ayam. Bagi melengkapkan rasa unik ramen ini, restoran Franken mencampurkan ia bersama kon aiskrim pada bahagian tengah hidangan.

restoran ini perkenal menu baru, ramen celup aiskrim kon

“Selepas mencuba lebih 10 jenis aiskrim, kami membuat keputusan untuk menggunakan aiskrim campuran coklat-vanila yang tidak terlalu manis.

“Ia adalah pelengkap kepada rasa pedas masam miso ramen, namun tidak menjejaskan rasa aslinya,” kata En. Shimizu, pencipta hidangan tersebut.

 

Ini bukanlah kali pertama mereka membuat campuran makanan seperti ini. Tahun lalu, mereka telah menarik perhatian ramai melalui hidangan miso ramen yang dicampurkan bersama gula-gula kapas.

restoran ini perkenal menu baru, ramen celup aiskrim kon

Hidangan unik ini dibuat secara ekslusif sehingga hujung bulan Mac ini sahaja.

 

Sumber: [1]