Pelik tapi benar, seorang wanita yang dikenali sebagai Rosi Gladwell, 70, dilaporkan sanggup berbelanja besar demi kesihatannya, lebih-lebih lagi selepas pengenalan teknologi 5G.
Rosi mendakwa radiasi electromagnet yang dipancarkan dari WiFi menyebabkan dia sesak nafas dan lemah badan.
Dia sanggup membelanjakan sebanyak 200 pound sterling membeli alat pengesan radiasi serta 400 pound sterling membeli sleeping bag khas yang ditenun dengan perak dan tembaga untuk mendapatkan tidur yang lena dan berasa selamat.
Risau teknologi itu mampu membunuhnya, dia sanggup mengelak dari berkunjung ke bandar-bandar pesat dan terus tinggal di kawasan kampung yang tidak mempunyai frekuensi elektromagnet.
Rosi mendiagnosis dirinya alergi dengan radiasi electromagnet sejak enam tahun yang lalu, selepas keadaannya lebih baik selepas 10 minit mematikan WiFi dan telefon tanpa kabel di rumahnya.
Dia juga pernah berkempen untuk memberitahu orang ramai tentang bahayanya radiasi WiFi.
Sumber