Lelaki Ini Cipta Meja Boleh Jalan Sendiri, Khas Untuk Orang Pemalas

Pernahkah anda berasa cukup malas untuk berjalan daripada katil menuju ke meja anda bagi melakukan sebarang pekerjaan?

 

Seorang pengaturcara komputer di Belanda, Giliam de Carpentier telah mencipta sebuah meja berjalan yang mempunyai 12 batang kaki khas buat mereka yang malas berjalan.

lelaki ini cipta meja boleh jalan sendiri, khas untuk orang pemalas

Meja aneh itu dikatakan boleh menghampiri pengguna sekiranya mereka terlalu malas untuk berjalan ke arahnya.

 

“Ternyata, meja ciptaan saya sebenarnya boleh berjalan seperti yang saya harapkan,” kata Carpentier.

 

 

Meja itu mempunyai dua motor yang diubahsuai oleh lelaki ini dengan pengawal komputer Arduino kecil bagi membekalkan bekalan elektrik untuk 12 kakinya bergerak.

lelaki ini cipta meja boleh jalan sendiri, khas untuk orang pemalas

“Seperti rekaan Theo Jansen, saya mendapati mekanisme kaki meja saya menggunakan algoritma pengoptimum simulasi tersuai. Jadi ia seakan serupa.

“Rekaan saya bagaimanapun mempunyai kedudukan sendi tambahan dan jejari kaki yang tepat selain nisbah-nisbah lain yang berbeza,” katanya.

 

Sumber: Kosmo!