Mayat Lelaki Hilang 22 Tahun Lepas, Dikesan Menerusi Google Earth

Pada tahun 7 November 1997, seorang broker yang dikenali sebagai William Earl Moldt, 44, dilaporkan dilihat kali terakhir di dalam kereta pada pukul 11 malam sebelum dilaporkan hilang pada keesokan harinya.

mayat lelaki hilang 22 tahun lepas, dikesan menerusi google earth

Misteri kehilangannya 22 tahun lepas akhirnya terjawab selepas seorang lelaki menemui sebuah kereta yang tenggelam di sebuah tasik yang terletak betul-betul di belakang sebuah rumah.

Imej kereta tenggelam pula itu dikesan menerusi aplikasi Google Earth.

mayat lelaki hilang 22 tahun lepas, dikesan menerusi google earth

Bekas penduduk di kawasan kejiranan di Wellington, Florida di Amerika Syarikat itu menghubungi pemilik rumah berkenaan dan memberitahu tentang penemuan tersebut.

Pemilik rumah tersebut kemudiannya menggunakan dron untuk meninjau kawasan berkenaan dan menjumpai sebuah kenderaan beberapa meter dari tebing tasik itu.

mayat lelaki hilang 22 tahun lepas, dikesan menerusi google earth

Polis kemudian ke lokasi kejadian dan menemui rangka manusia di dalamnya. Rangka dikenal pasti sebagai Moldt, yang hilang 22 tahun lepas.

Sekiranya dia masih hidup, tahun ini usianya mencecah 62 tahun.

Menurut laporan Metro UK, kereta Moldt boleh dilihat sejak Google Earth dilancarkan pada tahun 2007 lagi. Malangnya, takda sesiapa pun yang perasan sehinggalah baru-baru ini.