Ngeri, 200 Mayat Ditemui Reput Atas Bumbung Hospital, Jadi Makanan Helang, Gagak

Kira-kira 200 mayat telah ditemui reput atas bumbung sebuah hospital di bandar Multan, Pakistan.

ngeri, 200 mayat ditemui reput atas bumbung hospital, jadi makanan helang, gagak

Penemuan itu dipercayai dilakukan selepas mayat tidak dituntut waris dan ruang hospital yang sudah semakin penuh.

 

Menurut laporan, mayat-mayat itu dibuang di atas bumbung hospital berkenaan sehingga menjadi sisa makanan helang dan burung gagak.

 

Imej dan video lokasi kejadian berdarah itu juga telah tersebar meluas di pelbagai media sosial tempatan.

ngeri, 200 mayat ditemui reput atas bumbung hospital, jadi makanan helang, gagak

Perkara itu mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Parvez Elahi yang kemudian membentuk jawatankuasa untuk menyiasat perkara berkenaan dan enam anggota telah dipersetujui untuk menyertai pasukan tersebut.

 

 

Stesen televisyen Geo News turut melaporkan seorang pegawai tinggi dari hospital telah menuduh pihak polis dan pasukan penyelamat sebagai punca kejadian itu berlaku.

 

Ketua Jabatan Anatomi hospital tersebut, Dr Mariam Ashraf berkata pegawai penyelamat dan polis patut dipersalahkan atas kejadian itu dan pihaknya tidak boleh menerima mayat berkenaan kerana terikat untuk mengambilnya sebagai simpanan.

 

“Polis dan pegawai penyelamat membawa mayat dan meminta kami menyimpannya tetapi mereka tidak menuntutnya pada masa yang ditetapkan.

“Kami telah menulis surat kepada mereka beberapa kali dan meminta mereka mengambil mayat itu namun tiada apa yang berlaku,” katanya memetik Wion News.

 

Tambahnya semasa mayat-mayat itu dibiarkan, mereka diserang ulat yang mula memakannya dan bergerak dari satu badan ke badan lain.

 

Ia menjadi sebab kenapa mereka terpaksa menyimpan mayat-mayat itu di atas bumbung hospital.

 

Sumber: Wion News