Seorang lelaki yang mengadu gatal pada bahagian matanya tidak menyangka rupanya ada lebih sedozen ulat kecil yang hidup pada bahagian itu.
Kejadian berlaku di Perancis apabila lelaki berusia 53 tahun bergegas mendapatkan rawatan selepas merasakan gatal pada mata sebelah kanannya.
Pada mulanya, beliau yang bekerja berhampiran ladang biri-biri merasakan ada sesuatu yang terbang dan masuk ke dalam matanya. Ia menyebabkan beliau berasa gatal dan matanya menjadi kemerahan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat larva lalat yang biasa menghinggap pada biri-biri dan bertelur pada permukaan matanya.
Doktor bagaimanapun berjaya mengeluarkan larva berkenaan dan mujur ia tidak masuk ke dalam bebola mata lelaki tersebut.
Sumber: [1]