Lepas Tiga Dekad Tenggelam, Masjid Lama ‘Muncul’ Semula Dan Tak Rosak

Sebuah masjid yang dilaporkan tenggelam selama hampir tiga dekad lalu, kini telah dikesan muncul semula, kesan daripada perubahan cuaca teruk.

lepas tiga dekad tenggelam, masjid lama ‘muncul’ semula dan tak rosak

Kejadian yang berlaku di Bihar, Nawada dekat India ini telah mendedahkan masjid yang dikenali sebagai Masjid Noori, kesan daripada air yang semakin surut akibat kemarau di Empangan Phulwaria.

 

Dilaporkan masjid setinggi 30 kaki itu mulai tenggelam pada tahun 1985 sejak pembinaan empangan itu dibuat.

lepas tiga dekad tenggelam, masjid lama ‘muncul’ semula dan tak rosak

Sebaik sahaja air surut, penduduk tempatan masuk ke dalam masjid dan mendapati strukturnya masih kukuh dan tidak ada sedikit kerosakan pun terjadi meskipun sudah lebih tiga dekad ia ditenggelami air.

lepas tiga dekad tenggelam, masjid lama ‘muncul’ semula dan tak rosak

Masjid itu juga dianggarkan berusia 120 tahun dan siap dibina pada awal abad ke-20 lagi. Ia dapat dilihat daripada seni bina kubahnya yang kelihatan tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal.

 

Sumber: mstar