Dalam berumah tangga, pasti ada yang melakukan ‘spot check’ memeriksa telefon bimbit pasangan masing-masing dek kerana perasaan curiga yang timbul.
Namun siapa sangka, perasaan itu bukan sahaja terjadi kepada pasangan muda yang baru berkahwin, malah kepada pasangan yang menjangkau usia 90 tahun juga.
Menerusi video yang tular baru-baru ini, seorang wanita warga emas menarik perhatian netizen kerana dilihat bersikap ‘queen control’ terhadap suaminya walaupun sudah berusia.
Video yang dimuatnaik ke akaun TikTok @annisatrgn269 menunjukkan dua pasangan suami isteri warga emas itu berada di ruang tamu sebuah rumah. Wanita itu kemudiannya memeriksa telefon milik suaminya yang sedang berdiri.
“Walaupun sudah 90 tahun, telefon saya tetap dipantau isteri,” jelas kenyataan di video tersebut.
Tidak dapat diketahui apa yang dibualkan pasangan itu, namun lelaki warga emas tersebut kelihatan berdebar ketika isterinya sedang memeriksa telefon bimbitnya.
Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat pasangan ini sambil berseloroh mengucapkan ucapan selamat kepada lelaki warga emas itu.
Sumber: [1]